Hari ni iaitu 11 Oktober 2009 merupakan hari pertama buat saya untuk mengubahsuai blog ini setelah hampir setengah tahun saya tidak mengendalikan blog ini.
Hampir tiada idea yang hendak dimuatkan didalam ruangan ini.. cuma sekadar ada beberapa perkara yang dapat dimasukkan disini seperti apa yang dapat dilihat sekarang ni...
dan hari ni juga merupakan hari kedua kedai baru ni baru masuk internet setelah sebulan beroperasi tanpa internet.
Rasa bosan menunggu akhirnya hilang juga apabila internet dapat dibekalkan di kedai ni...
Sebelum kedai ini dibuka banyak kerja-kerja lain yang pernah saya buat seperti yang anda lihat sendiri dalam profil diri saya termasuklah kerja-kerja yang diluar bidang sendiri.
Apabila kedai baru ni dapat beroperasi sepenuhnya, saya dapat rasa yang saya bukan lagi bekerja makan gaji tetapi berjaya mencapai matlamat yang saya pendam selama ini iaitu bekerja sendiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Sambutan pun amat menggalakkan dari penduduk sekitar dengan pelbagai ragam pelanggan yang saya jumpa. Memang seronok bila kita dapat buat benda yang kita suka, apatah lagi benda tu benar-benar berlaku secara realiti.
Setakat ini dahulu catatan saya untuk hari ini, lain hari jika ada masa terluang saya akan sambung lagi kisah perjalanan saya selanjutnya.

No comments:
Post a Comment