Assalamualaikum.....
dah beberapa hari ini saya tidak postkan sesuatu dalam blog ini.. tetapi hari ini tergerak pula hendak postkan sesuatu.
maka, hendak dijadikan cerita. Kedai sebelah tempat saya berniaga ini ada buat jamuan sedikit sempena pembukaan kedai beliau. Pelbagai makanan disediakan seperti satay, nasi ayam special, roti arab dan mee soto. tetapi saya cuma dapat merasa satay dan nasi ayam sahaja kerana perut saya pun sudah penuh dengan makanan. hehehe. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam dan bersurai.
Selepas itu saya pergi pula ke restoran yang hampir setiap hari saya pergi untuk minum malam, tiba-tiba datang 2 orang remaja ini minta bantuan kerana ada orang yang mengejar mereka untuk bergaduh, dalam masa yang sama juga pihak rukun tetangga lalu ditempat itu. Diperiksa IC mereka dan soal siasat dijalankan bagi memastikan cerita sebenar punca berlaku pertelingkahan tersebut. Setelah selesai semuanya maka disuruh kedua-dua remaja ini supaya pulang kerumah dan tamatkan sahaja pertelingkahan tersebut supaya tidak berlanjutan.
Tamat... hehehe

No comments:
Post a Comment