Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, November 3, 2009

Hari Khamis 15 Oktober 2009

Hari ni perjalanan saya ke pekan Rengit... ingat nak gi jumpa tok ketua.... tapi orgnya takde plak kat umah... dah la susah nak contact org tu nak jumpa dia pun susah....

akhirnya saya putuskan untuk tidak jadi menyewa dikedai beliau atas sebab tertentu. Lagi pun tgk keadaan sekitar seperti kurang memberangsangkan. Maybe hari sabtu ni saya akan bawa keluar barang2 yang dibawa ke kedai tu untuk dibawa ke kedai kat Simpang Lima Batu Pahat.

Lepas tu saya singgah plak kat Parit Raja untuk berjumpa kawan lama, nak dijadikan cerita kawan ni nak buka balik kedai dia setelah hampir sebulan lebih tutup dan dia nak jual resepi baru yang dia baru dapat kat kekawan dia iaitu Nasi Ayam Special. Saya cukup gembira dengan semangat dia yang masih ada untuk teruskan perniagaan dia. Nasi Ayam nya pun saya dah rasa.. memang sedap.

Selepas tu singgah plak kat umah sedara... sambil2 beraya la sekali kan... dah lama tak jumpa kabor berita. Macam2 cerita la jgk keluar terutama pasal kes panas yang dah lama meletup... hehehe.. cuma saya berharap org tu jgn lah sampai bermasam muka dengan sedara mara sendiri.. tak kemana perginya... jumpa pun mengadap jugak muka sedara mara. kalau dengan saya lagi la tak bercakap sebab sy org pertama yang tau kisah tu... hua hua...

dah selesai semua tu baru lah saya pulang ke kedai untuk kembali berniaga seperti biasa hingga lewat malam.... cari rezeki lah katakan....

okeylah... ni saja catatan hari ni saya... lain kali catat lagi...

No comments:

Post a Comment