Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, November 3, 2009

Beli-belah online fesyen tempatan di eBay

JENAMA fesyen tempatan menembusi pasaran global menerusi komuniti membeli-belah online terbesar dunia, eBay, melalui kerjasamanya dengan Malaysian International Fashion Alliance (MIFA).

Pembeli boleh melawat www.ebay.com.my/fashion dan melihat rekaan terbaru daripada Asian Atelier, Eric Choong, Eclipse, Gallo, KN Key Ng, Nurita Harith, Stud, Tangoo, Tom Abang Saufi dan William Liew.

“Kerjasama pertama dengan MIFA usaha terbaru eBay Malaysia dalam mewujudkan usahasama dengan peserta utama industri itu untuk mengembangkan perdagangan-e,” kata eBay dalam satu kenyataan hari ini.

Fesyen salah satu kategori popular dalam eBay Malaysia dengan sekitar 438 pakaian dan barangan aksesori dijual setiap hari.


Rujukan : Hmetro 30 Oktober 2009



No comments:

Post a Comment